FACE-WORLD

PELABURAN BIJAK MENJAMIN MASA DEPAN ANDA SEKELUARGA

GOLONGAN PELABUR YANG BERPOTENSI

Pelabur di dalam pelaburan Unit Trust biasanya terdiri daripada mereka yang hanya mempunyai jumlah amaun yang sedikit untuk dilaburkan ataupun mereka yang tidak mempunyai masa atau kepakaran untuk melabur secara terus di dalam pasaran saham. Sebaliknya, mereka lebih suka melabur di dalam pelaburan yang dikawal selia oleh kerajaan. Pelaburan Unit Trust membenarkan pelabur kecil untuk melabur di dalam skop pelaburan yang sangat luas yang mana biasanya di luar jangkauan mereka.

Memandangkan pelabur mahukan pulangan yang tinggi, pelaburan Unit Trust menyediakan cara yang sesuai kepada mereka untuk mendapat pendedahan kepada pelaburan, yang mana pada tempoh yang lama, boleh menghasilkan pulangan yang sangat besar berbanding akaun simpanan biasa dan akaun simpanan tetap.

Selain itu juga, pelaburan unit amanah dapat membantu pelabur melawan kadar inflasi negara yang semakin meningkat.

Pelabur-pelabur Unit Trust terdiri daripada:

* Mereka yang bekerja fulltime dan ingin memulakan pelaburan dari rumah secara part time.
* Pelajar-pelajar yang ingin pendedahan peluang pelaburan.
* Golongan pekerja dan pesara yang ingin memaksimumkan wang persaraan (EPF) mereka.
* Mereka yang sudah mencuba pelaburan-pelaburan lain tetapi tidak mendapat pulangan sepertimana yang diinginkan.
* Mereka yang ingin mencapai kebebasan kewangan di dalam jangka masa tertentu.
* Mereka yang mempunyai sasaran kewangan di masa hadapan seperti Perkahwinan, Pendidikan anak-anak dan milikan aset-aset lain.

Pelaburan Unit Trust adalah paling efektif bagi:

1. Mereka di tahap permulaan dalam pelaburan. (beginners).

2. Mereka yang belum pernah memulakan pelaburan dan tiada sebarang pengalaman berkaitan.

3. Mereka yang sudah memulakan pelaburan tetapi tidak mendapat keuntungan yang optimum daripada pelaburan mereka.

4. Mereka yang ingin mengurangkan kadar risiko pelaburan*

5. Mereka yang tidak mempunyai masa mengkaji pelaburan. (pekerja full time)

November 17, 2009 - Posted by | , Uncategorized

Tiada komen.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.