FACE-WORLD

PELABURAN BIJAK MENJAMIN MASA DEPAN ANDA SEKELUARGA

FORMULA SIMPANAN

Wang Masuk – SIMPANAN = Perbelanjaan -BETUL
Wang Masuk – Perbelanjaan = SIMPANAN -SALAH
SIMPANAN = Berapa Peratus dari Wang Masuk-10%

*bayar diri anda dahulu baru bayar benda2 lain

November 21, 2009 Posted by | | Tinggalkan Komen

GOLONGAN PELABUR YANG BERPOTENSI

Pelabur di dalam pelaburan Unit Trust biasanya terdiri daripada mereka yang hanya mempunyai jumlah amaun yang sedikit untuk dilaburkan ataupun mereka yang tidak mempunyai masa atau kepakaran untuk melabur secara terus di dalam pasaran saham. Sebaliknya, mereka lebih suka melabur di dalam pelaburan yang dikawal selia oleh kerajaan. Pelaburan Unit Trust membenarkan pelabur kecil untuk melabur di dalam skop pelaburan yang sangat luas yang mana biasanya di luar jangkauan mereka.

Memandangkan pelabur mahukan pulangan yang tinggi, pelaburan Unit Trust menyediakan cara yang sesuai kepada mereka untuk mendapat pendedahan kepada pelaburan, yang mana pada tempoh yang lama, boleh menghasilkan pulangan yang sangat besar berbanding akaun simpanan biasa dan akaun simpanan tetap.

Selain itu juga, pelaburan unit amanah dapat membantu pelabur melawan kadar inflasi negara yang semakin meningkat.

Pelabur-pelabur Unit Trust terdiri daripada:

* Mereka yang bekerja fulltime dan ingin memulakan pelaburan dari rumah secara part time.
* Pelajar-pelajar yang ingin pendedahan peluang pelaburan.
* Golongan pekerja dan pesara yang ingin memaksimumkan wang persaraan (EPF) mereka.
* Mereka yang sudah mencuba pelaburan-pelaburan lain tetapi tidak mendapat pulangan sepertimana yang diinginkan.
* Mereka yang ingin mencapai kebebasan kewangan di dalam jangka masa tertentu.
* Mereka yang mempunyai sasaran kewangan di masa hadapan seperti Perkahwinan, Pendidikan anak-anak dan milikan aset-aset lain.

Pelaburan Unit Trust adalah paling efektif bagi:

1. Mereka di tahap permulaan dalam pelaburan. (beginners).

2. Mereka yang belum pernah memulakan pelaburan dan tiada sebarang pengalaman berkaitan.

3. Mereka yang sudah memulakan pelaburan tetapi tidak mendapat keuntungan yang optimum daripada pelaburan mereka.

4. Mereka yang ingin mengurangkan kadar risiko pelaburan*

5. Mereka yang tidak mempunyai masa mengkaji pelaburan. (pekerja full time)

November 17, 2009 Posted by | , Uncategorized | Tinggalkan Komen

MERANCANG PERSARAAN DENGAN PELABURAN UNIT AMANAH

Mungkin ramai yang belum mengetahui bahawa orang Islam di Malaysia
mempunyai peluang untuk melabur di dalam Dana Islam Unit Amanah. Dana
Islam Unit Amanah ini dilaburkan di tempat-tempat yang dihalalkan
oleh Syariah Islam. Potensi keuntungan Dana Islam Unit Amanah ialah
antara 10% – 40% setahun. Dan sudah pasti ia diuruskan oleh Pengurus
Dana yang profesional dan pelaburan juga dikawal oleh Pemegang Amanah
iaitu Amanah Raya Berhad.

MENGIKUT KAJIAN SELEPAS BERSARA PADA UMUR 55 TAHUN :-
i) HANYA 1 % SAHAJA MENJADI JUTAWAN
ii) HANYA 5 % HIDUP MEWAH
iii) 34 % PESARA MEMPUNYAI WANG YANG HANYA CUKUP UNTUK HIDUP
iv) MANAKALA 60 % TERPAKSA BEKERJA LAGI UNTUK MENYARA HIDUP

November 17, 2009 Posted by | , Uncategorized | , , , | Tinggalkan Komen

   

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.