FACE-WORLD

PELABURAN BIJAK MENJAMIN MASA DEPAN ANDA SEKELUARGA

PENGELUARAN PELABURAN AHLI KWSP

Akhirnya KWSP mengumumkan pembaharuan dalam Skim Pengeluaran Pelaburan Ahli KWSP yang bermula pada 1hb Febuari 2008. Memang sudah lama pencarum KSWP menunggu skim ini kerana skim sebelumnya hanya melayakkan pencarum yang sudah agak lama bekerja kerana dimestikan mempunyai sekurang-kurangnya RM55,000 dalam Akaun 1. Biasanya pekerja yang berumur 34 tahun ke atas atau yang menjawat jawatan tinggi sahaja yang layak menggunakan skim sebelum ni.

KWSP kini memperkenalkan definisi baru iaitu “SIMPANAN ASAS”, yang bermakna satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperolehi simpanan sekurang-kurangnya RM120,000 pada umur 55 tahun.Ahli kemudiannya boleh melaburkan simpanan dalam Akaun 1 yang melebihi simpanan asas ke dalam unit amanah (unit trust).

Syarat yang ditetapkan oleh KSWP ialah:

  1. Ahli boleh melaburkan simpanan di bawah skim PPA TIDAK MELEBIHI 20% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1.
  2. Pelaburan ini boleh dibuat SETIAP 3 BULAN SEKALI.
  3. Jumlah minima pelaburan ialah RM1,000.

Sila lihat Jadual Jumlah Simpanan Asas Dalam Akaun 1 Mengikut Umur. Kemudian saya akan berikan contoh pengiraan jumlah yang layak dilaburkan ke dalam unit trust

KWSP table

Asas pengiraan untuk pengiraan pengeluaraan adalah:

Jumlah yang boleh dikeluarkan = (Jumlah dalam Akaun 1 – Had minimum asas mengikut umur) x 20%

Contohnya Ali, berumur 25 tahun dan mempunyai RM 14,000 dalam Akaun 1, akan layak mengeluarkan sebanyak:

= (RM 14,000 – RM 9,000) x 20%

= RM 9,000 x 20%

= RM 1,000

= bermakna Ali layak untuk mengeluarkan RM 1,000 untuk pelaburan.

Penerangan lebih lanjut boleh didapati daripada link KWSP dibawah :

http://www.kwsp.gov.my/index.php?ch=p2news&pg=bm…

Yang menariknya, service charge sudah dikurangkan dari 5.45% kepada 3% untuk membolehkan pelaburan kita mendapat pulangan (ROI) yang lebih cepat dan tidak terbeban dengan service charge yang tinggi. Dari jadual di atas juga sudah nampak kerajaan memang menggalak orang-orang muda melabur.
Nasihat saya kepada yang susah hendak menyimpan duit kerana berbagai-bagai alasan tu, menggunakan skim ini dahulu. Bila dah nampak pulangan, sudah tentu merasa sayang kerana tidak melaburkan wang dari penat lelah bekerja habis begitu sahaja.
Perlu diingat, pelaburan dalam unit tust adalah untuk jangka sederhana hingga jangka panjang. Sekurang-kurangnya 3 tahun. Jadi jangan anggap pelaburan unit trust ini seperti skim cepat kaya pula kerana hendak untung cepat.Namun begitu, kita perlulah memantau @ monitor pelaburan kita sekurang-kurangnya 6 bulan sekali bersama agent masing-masing.Jika berlaku krisis ekonomi seperti kebelakangan ini gara-gara isu subprima di US, bolehlah menambah pelaburan kita kerana dapat membeli lebih unit dengan harga yang rendah. Jangan pula menjual pelaburan kita hanya kerana kita panik dan menganggap ekonomi akan terus meleset sampai bila-bila.
Jadi sesiapa kat luar sana yang ada mencarum dalam KWSP, bolehlah check berapa amaun yang boleh dilaburkan dalam unit trust. Jika kita guna skim Pengeluaran Pelaburan Ahli KWSP ini, terus saja target untuk long term. Sampai kita pencen umur 55.Lagipun skim ni memang untuk menambah nilai wang pencen kita kelak.

Jika ada pertanyaan tentang skim ni boleh hubungi saya melalui email atau h/p

jamian sarif

unit trust consultant (registered)

012-2676091

salam.erat@yahoo.com

Jun 30, 2008 - DIkirim oleh jscorner | Uncategorized | | 2 komen

2 komen »

  1. kepada sesiapa di luar sana yg belum invest guna kwsp ,jika berminat boleh hubungi saya ,melabur dalam unit amanah memang untung untuk jangkamasa sederhana ke jangka panjang,
    jangan segan silu call jer saya ,saya sedia membantu.

    PUBLIC MUTUAL IS NO 1 UNIT TRUST COMPANY IN MALAYSIA

    Komen oleh jscorner | Jun 30, 2008 | Balas

  2. dan jika ada sesiapa nak tanya lebih lanjut ttg unit amanah ni boleh tinggalkan komen anda disini,insyaALLAH saya akan cuba membantu

    Komen oleh jscorner | Jun 30, 2008 | Balas


Tinggalkan komen